Pertama Kali..
Blog ini dibuka untuk sama-sama kongsi cerita mengenai drama china yang pernah penulis tonton.
Kiranya ala-ala review lah ni. hehee..
Sekarang ni mana-mana drama korea...tapi penulis lebih suka drama dari china.
Apa yang menarik? Drama China ada jalan cerita yang sangat menarik baik berunsur moden, fantasi atau sejarah. Klise sangat lah alasan ni? Tengok dulu...tonton dulu baru tau klise ke tak? hahhaha..
Penulis pilih-pilih juga nak tonton drama ni. Bagaimana boleh tertarik?
Ha ni yang nak beritahu ni.
Suatu hari...sedang penulis beristirehat sambil menonton televisyen selepas melepaskan lelah berhempas pulas di siang hari dengan pekerjaan yang menjadi rutin , penulis terbuka lah siaran drama china di tv2. Pada mulanya tertarik dengan adegan kungfu terbang, kemudian tertarik dengan wajah hero.Handsome...alih-alih heroinnya pun comel. Habislah satu episod tanpa jemu malah tak sabar-sabar nak tengok episod seterusnya.
Akibat tak sabar tu, jari jemari ni lekas je buka internet dan menaip tajuk cerita ni ...
Love and Redemption..
Senyum...hahaha...jumpa link nak tengok drama ni dengan subtitle english .Ada 59 episod. Sekarang dah episod 5 . Ya . Penulis tengok di tv2 pada episod yang ke 5.
Bila ada link ni, penulis menonton dari episod 1 dan akhirnya dari sehari ke sehari habis semua episod.
Lagi cepat menonton secara online daripada tv. Pengalaman tengok drama ni sangat terkesan di jiwa.
Bertitik tolak drama ini, penulis mula berminat menonton drama-drama China seterusnya.
Nanti penulis akan ulas drama ini dalam penulisan seterusnya.
Comments
Post a Comment