Love and Redemption..
Kisah cinta dan penebusan.(59 episod)
Sebuah kisah cinta yang indah.
Watak utama sifeng ( Cheng Yi ) dan xuanji (Crystal yuan) mempunyai chemistry
yang sangat luar biasa seolah-olah sepasang kekasih yang sebenar.
Merupakan cerita fantasi dari alam yang berbeza .
Alam Iblis , Alam Syurga ( bagi penulis lebih bertepatan Alam Kayangan) dan Alam Fana ( fana ni penulis fikirkan alam manusia ).
Mungkin kalau kaum Cina lebih faham kerana lebih dekat dengan budaya dan kepercayaannya.
Bagi penulis , ini satu ilmu pengetahuan juga untuk mengetahui kepercayaan mereka.
Penulis melusuri drama ini dengan pemahaman dan persepsi sendiri, apa pun yang penting "enjoy".
Cerita ini ada 59 Episod. Bagi penulis sebuah naskhah yang sangat panjang.
Namun sangat hebat.Cinta sejati, kesetiaan ,pengorbanan, sahabat sejati,
kasih sayang keluarga antara bapa dan anak , kasih sayang teman-teman digarap
dalam cerita ini.
Sinopsis cerita
Pertempuran antara alam iblis dan syurga yang berlaku seribu tahun yang lalu telah menghantar jiwa bintang mosha dan dewa perang ke alam fana untuk melaksanakan penebusan dosa.
Chu Xuan Ji merupakan anak ketua mazhab shaoyang seorang yang istimewa kerana kehilangan enam derianya .Suatu hari dalam suatu kejohanan seni mempertahankan diri dia bertemu dengan Yu Si Feng dari Istana Lize. Mereka di lahirkan pada hari yang sama. Sejak dari pertemuan itu, mereka menjalinkan persahabatan. Namun terpisah selepas kejohanan.
Mereka berjanji untuk bertemu semula untuk mengembara di alam fana bersama selepas Yu Si Feng selesai menguruskan suatu masalah di Istana Lize .
Xuan Ji yang tinggal di minta oleh bapanya berlatih seni mempertahankan diri .
Manakala Yu Si Feng pula dijatuhkan hukuman kerana melanggar peraturan Istana Lize kerana topeng muka yang dipakai sebagai pengikut Istana Lize tertanggal dan tidak dapat dikembalikan.Dia dipaksa untuk menjalani hukuman yang paling ngeri , malah boleh mengancam nyawanya sendiri. Ingatannya pada Xuan Ji menjadi semangat untuk dia terus hidup. Dia masih ingat pada janjinya untuk bertemu semula.
Selepas empat tahun berlalu , ditakdirkan mereka bertemu tanpa disengajakan.
Sepanjang dalam pengembaraan bersama ingatan masa lampau Xuan Ji dan Yu Sifeng muncul. Deria Xuan Ji semakin pulih dengan pelbagai petunjuk. Pelbagai rahsia dan konspirasi yang melibatkan diri mereka berkait dengan tiga alam mula terdedah.
Semua pendedahan ini memberi kesan mendalam terhadap hubungan mereka juga berkait juga dengan keseimbangan tiga alam.
Kisah ini di adaptasikan daripada THe Glass Maiden ( sumber dari MyDramaList )
Comments
Post a Comment