Hello Mr Gu
Hello Mr Gu ( 30 episod )
Macam mana penulis boleh terasa hendak tonton drama ini ye?Biasanya penulis jarang hendak menonton drama moden dan nampak terlalu remaja ni.Maklumlah penulis bukan remaja lagi.
Jawapannya ialah "preview" drama ni kerap kali lalu di depan mata.
Buka Facebook je nampak, sorotan dari episod ke episod. Maka penulis pun tertarik untuk menonton.
Kisahnya ringkas,manis dan comel untuk dilihat dan ditatap. Mengenai seorang pemuda tampan bernama Mr Gu jatuh cinta dengan seorang gadis muda Zhou Jian Qing. yang bercita-cita menjadi penulis komik animasi yang berjaya.Manakala Mr Gu merupakan seorang usahawan yang terlibat industri tersebut. Dia adalah CEO dalam sebuah syarikat industri cartoon animasi dan merupakan pewaris Group Gu.
Mr Gu mempunyai karakter yang tegas, kelihatan sombong ,teratur dan sukar untuk diurus .Namun dia trauma berhadapan dengan orang ramai. Kehadiran gadis muda dalam hidupnya telah mengubah cara dia berfikir dan bertindak.
Sinopsis
Bagi memenuhi wasiat bapanya Mr Gu telah mencari gadis bernama Zhou Jian Qing.untuk berkahwin. Namun pertemuan Mr Gu dan gadis tersebut telah membawa mereka dalam satu ikatan perkahwinan kontrak.
Gadis tersebut terhutang budi kerana Mr Gu banyak membantunya . Dia berjanji akan membayar hutang kepada Mr Gu disamping mengejar cita-citanya menjadi penulis komik yang berjaya,
Bagi melunaskan hutang, pelbagai kerja telah dilakukannya.
Selama dalam ikatan perkahwinan kontrak inilah Mr Gu mula berasa ingin mengambil berat , cemburu dan sayang terhadap Zhou Jian Qing. Begitu juga dengan gadis tersebut.
Namun ada juga konflik orang ketiga yang berlaku antara mereka yang telah menyebabkan mereka berpisah.
Tapi jangan risau. Kesudahan drama ini gembira dan tidak mendukacitakan.
Manis bak gula gitu..
Comments
Post a Comment