Love Me If You Dare

 








Love Me If You Dare ( 24 episod )


Wow..drama ini lain dari  yang pernah penulis tengok. Level antarabangsa ni Itu pada pendapat penulis. Lain orang lain citarasa. Watak-watak agen FBI dalam drama ini adalah pelakon-pelakon mat salleh tau.

Mulanya penulis fikir drama ini mesti berkenaan cinta semata-semata bersandarkan tajuk drama . Tapi bila tonton, baru tahu drama ini dalam kategori cerita jenayah , misteri dan romantis.

Jenayah? Ye.Siapa pernah tonton Criminal Mind? Ala-ala gitu lah ceritanya
Watak utamanya bernama Bo Jin Yan ( Wallace Huo ) seorang " Criminal Psychologist". Seorang yang sangat misteri.Hingga ke akhir cerita dia tetap misteri. Dia mempunyai dua pesonaliti berbeza dalam dirinya.

Walaupun misteri, dia akhirnya berubah sikap apabila berjumpa dengan Jian Yao ( Ma Si Chun ).

Sinopsis


Untuk mendalami apa yang difikirkan oleh seorang penjenayah bukan mudah dan bukan boleh dilakukan oleh orang biasa. Tetapi Bo Jin Yan/Simon seorang ahli psikologi jenayah mempunyai kepakaran itu.

Dia adalah seorang Profesor Universiti Maryland dan bekerja sebagai penyiasat dan penasihat jenayah paling ganas dan berantai kepada Jabatan Polis.

Suatu hari dia telah mengupah Jian Yao / Jenny menjadi penterjemah bahasa dan kemudian kerana tarikannya Jian Yao telah diminta untuk menjadi pembantunya untuk bersama mengkaji dan menyelami pemikiran penjenayah.

Selama mereka bekerja bersama Bo Jin Yan terjatuh cinta dan Jian Yao mempunyai perasaan yang sama. Misterinya Bo Jin Yan ialah dia mempunyai identiti lain selain Simon.

Banyak kejadian jenayah yang berlaku, yang dirungkaikan sebenarnya hanya untuk tujuan menguji dirinya. Penjenayah ganas  sebenarnya telah merancang siri-siri jenayah yang besar,ganas dan berantai untuk dia selamatkan.

Akhirnya Penjenayah ganas yang merancang siri jenayah ditangkap kerana kebijaksanaan  Bo Jin Yan. 

Tetapi ada satu misteri belum terungkai. Penulis harap dia masih berjaya mengawal dirinya. Emm...Misteri kan.



 

Comments