Miss The Dragon


 Miss The Dragon ( 36 episod )

Drama ini , penulis baru sahaja tonton. Kisah Fantasi wujudnya perasaan cinta Raja Naga kepada seorang gadis ( Yang Zhi Ying) di alam manusia. Raja Naga yang dilakonkan oleh Dylan Wang. 


Raja Naga? Ye..Alam langit ada naga, dan wujudnya Naga yang sangat kuat dan berkuasa yang digelar Raja Naga, yang boleh berubah rupa kepada seorang lelaki yang tampan.

Gadis ini perlu  melalui 4 fasa kehidupan dan cabaran untuk merealisasikan impian untuk hidup bersama. Raja Naga menanti ribuan tahun untuk melalui dan melihat fasa-fasa kehidupan gadis dengan sabar dan setia.Raja Naga juga membantunya melalui kesusahan dan kepayahan.



Sinopsis

Liu Ying seorang gadis yang sebenarnya seorang yang sangat istimewa. Dia terjumpa dengan seekor ular secara tidak sengaja. Dia merawat ular tersebut kerana cedera. Tanpa disangka sebenarnya ular tersebut adalah sebenarnya Raja Naga yang cedera kerana panahan petir di langit.

Raja Naga berasa sangat terhutang budi kerana Liu Ying telah merawat dan menyelamatkannya , lalu mencari pelbagai cara untuk membalas budi tanda terima kasihnya.

Selama berada disisi Liu Ying , dia semakin rasa cinta mendalam terhadap gadis tersebut. Dia bertekad ingin berkahwin dengannya.

Watak Liu Ying adalah seorang gadis yang suka membantu dan merawat haiwan.
Gadis ini sering diganggu oleh Syaitan Serigala. Raja Naga berjanji akan menjaga dan melindunginya  seumur hidup.


Dalam fasa hayatnya yang keempat gadis itu  adalah seorang pengamal seni mempertahankan diri yang hidup di gunung, membunuh syaitan-syaitan di alam manusia. Sebenarnya dalam fasa ini, Raja Naga menunggu gadis ini mempunyai jiwa sejati yang membolehkan dia berkahwin dengan Raja Naga.








Comments