The Blood of Youth
The Blood of Youth (40 episod )
Bagi yang suka kisah fantasi yang penuh aksi kungfu terbang , inilah drama yang sepatutnya anda tonton.
Kisah mengenai pemuda-pemudi yang berada dalam dunia seni mempertahankan diri . Berkisar tentang pengembaraan dan tanggungjawab untuk melindungi putera raja.
Sinopsis
Lei Wujie seorang pemuda melakukan perjalanan ke kota besar Xue Yue tersesat lalu singgah di xuelou mountain villa dan bertemu dengan pemilik restoran.
Semasa singgah di restoran tersebut untuk mengisi perut, dia telah membantu pemilik restoran menghadapi penyamun yang datang.
Walaupun berjaya membantu mengusir penyamun-penyamun tersebut, restoran tersebut mengalami kerugian kerana kerosakan barang-barang akibat dari petarungan Lei Wujie dengan penyamun .
Pemilik restoran yang bernama Xiao Se meminta gantirugi kerosakan yang dialaminya. Lei Wujie tidak dapat membayarnya , tetapi berjanji akan membayar apabila dia sampai ke kota Xue Yue .
Xiao Se bersetuju namun akan ikut bersama Lei Wujie ke Kota Xue Yue.
Pada mulanya identiti Xiao Se hanya sekadar pemilik restoran. Bagaimanapun dalam penjalanan dan pengembaran bersama, akhirnya Lei Wujie mengetahui Xiao Se seorang putera raja yang diusir dan telah diturunkan pangkat menjadi rakyat biasa kerana mempertahankan bapa saudaranya yang dijatuhi hukuman mati.
Sepanjang pengembaraan, mereka berjumpa dengan teman-teman dalam dunia mempertahankan diri yang banyak membantu bertarung dengan musuh-musuh.
Di istana , berlaku perebutan kuasa untuk menjadi penerus takhta diantara putera raja. Xiao Se sebenarnya adalah Putera Yong An. Putera Raja yang lain sangat takut sekiranya Putera Yong An yang terpilih menjadi penerus takhta.
Kerana perebutan kuasa ini menyebabkan Putera Yong An sering diancam bunuh tetapi dia terselamat kerana dijaga dan dilindungi oleh Lei Wujie dan rakan-rakan.
Comments
Post a Comment