The Blue Whisper

 



The Blue Whisper ( 42 episod )


Ha...drama ini antara yang popular tau. Lakonan pelakon hebat Allen Ru ( Ren Jia Lun ) dan Dilraba Dilmurat.

Penulis banyak juga tau dah tengok lakonan Allen Ru . Apa-apa watak tak kira drama moden atau fantasi semuanya kena.Nanti akan ada lebih banyak drama-drama pelakon ini yang akan dikongsikan dalam blog penulis.

Drama ini , pelakon utama adalah seekor Raja Duyung - Chang Yi yang secara tidak sengaja jatuh cinta dengan seorang gadis  Ji Yun He yang mempunyai tanggungjawab kepada kumpulannya untuk menangkap syaitan dan iblis.

Sinopsis

Ji Yun He seorang guru rohani yang sangat berbakat tinggal di Lembah Bunga.
Dia sangat benci dikawal dan ingin lari dari kehidupan disitu.

Suatu hari Chang Yi ( Duyung Jantan )muncul di Lembah Bunga. Ji Yun He diperintah oleh Puteri Shunde untuk membuatkan Chang Yi bercakap dalam bahasa manusia, memberikannya mutiara duyung dan setia kepada Puteri tersebut.

Yun He memujuk Chang Yi dengan cara yang sangat halus hanya melalui kata-kata , malah dia juga rasa bersalah kerana menipu Chang Yi . Chang Yi seekor Duyung Jantan yang baik, lurus dan polos.

Lama kelamaan mereka mulai jatuh cinta. 

Namun konflik hubungan mereka terjadi apabila Yun He selalu membuat keputusannya sendiri tanpa memikirkan apa yang dimahukan Chang Yi.Hubungan mereka menjadi kompleks  dengan adanya Puteri Shunde dan gurunya yang banyak menyeksa dirinya dan orang-orang di Lembah Bunga.

Manakala Chang Yi semakin hari dan saban tahun berubah menjadi lebih berkepimpinan, tegas dan mempunyai pengaruh yang besar . Dia bukan Duyung yang lurus lagi. Sesuai dengan dirinya sebagai Raja Duyung yang sangat hebat.

Kesetiaan dan cinta Raja Duyung kepada Jun he sangat menyentuh perasaan.


Terbaiklah Chang Yi. Tontonlah drama ni ye. Kalau anda suka cerita fantasi tak menyesal punya.







Comments