Love and Redemption..
Kisah cinta dan penebusan.(59 episod) Sebuah kisah cinta yang indah. Watak utama sifeng ( Cheng Yi ) dan xuanji (Crystal yuan) mempunyai chemistry yang sangat luar biasa seolah-olah sepasang kekasih yang sebenar. Merupakan cerita fantasi dari alam yang berbeza . Alam Iblis , Alam Syurga ( bagi penulis lebih bertepatan Alam Kayangan) dan Alam Fana ( fana ni penulis fikirkan alam manusia ). Mungkin kalau kaum Cina lebih faham kerana lebih dekat dengan budaya dan kepercayaannya. Bagi penulis , ini satu ilmu pengetahuan juga untuk mengetahui kepercayaan mereka. Penulis melusuri drama ini dengan pemahaman dan persepsi sendiri, apa pun yang penting "enjoy". Cerita ini ada 59 Episod. Bagi penulis sebuah naskhah yang sangat panjang. Namun sangat hebat.Cinta sejati, kesetiaan ,pengorbanan, sahabat sejati, kasih sayang keluarga antara bapa dan anak , kasih sayang teman-teman digarap dalam cerita ini. Sinopsis cerita Pertempuran antara alam iblis dan syurga yang berla...