Posts

Showing posts from March, 2023

Under The Power

Image
  Under the Power ( 56 episod ) Penulis meminati drama-drama yang dilakonkan oleh Ren Jialun. Kali ini, penulis akan ulas mengenai  drama Under the Power. Seperti biasa Allen Ru membawa watak ini dengan cukup berkesan dengan gandingan heroiannya Tan Songyun. Cerita ini berkisar pada zaman Dinasti Ming. Lu Yi dan polis wanita Yuan jinxia bersama menyelidiki  sebuah konspirasi dalam istana melibatkan dana yang hilang untuk pembaikan sungai di Yangzhou . Selama mereka bekerja bersama mereka terjatuh cinta. Sinposis Semasa tahun-tahun terakhir pemerintahan maharaja Jiajing dalam Dinasti Ming, Lu Yi dari Jingywei telah ditugaskan menyelidiki kehilangan dana untuk membaiki sungai di yangzhou. Dia dibantu oleh seorang polis wanita yang berbakat tetapi mereka terlibat dalam sebuah konspirasi yang dirancang oleh orang yang berpengaruh dalam pentadbiran istana. Polis wanita yang membantu Lu Yi diperangkap sehingga Lu Yi hampir tidak dapat berbuat apa-apa. Namun sedaya upayanya Lu Y...

Love Me If You Dare

Image
  Love Me If You Dare ( 24 episod ) Wow..drama ini lain dari  yang pernah penulis tengok. Level antarabangsa ni Itu pada pendapat penulis. Lain orang lain citarasa. Watak-watak agen FBI dalam drama ini adalah pelakon-pelakon mat salleh tau. Mulanya penulis fikir drama ini mesti berkenaan cinta semata-semata bersandarkan tajuk drama . Tapi bila tonton, baru tahu drama ini dalam kategori cerita jenayah , misteri dan romantis. Jenayah? Ye.Siapa pernah tonton Criminal Mind? Ala-ala gitu lah ceritanya Watak utamanya bernama Bo Jin Yan ( Wallace Huo ) seorang " Criminal Psychologist". Seorang yang sangat misteri.Hingga ke akhir cerita dia tetap misteri. Dia mempunyai dua pesonaliti berbeza dalam dirinya. Walaupun misteri, dia akhirnya berubah sikap apabila berjumpa dengan Jian Yao ( Ma Si Chun ). Sinopsis Untuk mendalami apa yang difikirkan oleh seorang penjenayah bukan mudah dan bukan boleh dilakukan oleh orang biasa. Tetapi Bo Jin Yan/Simon seorang ahli psikologi jenayah mempunya...

The Blood of Youth

Image
  The Blood of Youth (40 episod ) Bagi yang suka kisah fantasi yang penuh aksi kungfu terbang , inilah drama yang sepatutnya anda tonton.   Kisah mengenai pemuda-pemudi yang berada dalam dunia seni mempertahankan diri . Berkisar tentang pengembaraan dan tanggungjawab untuk melindungi putera raja. Sinopsis Lei Wujie seorang pemuda melakukan perjalanan ke kota besar  Xue Yue   tersesat lalu singgah di xuelou mountain villa dan bertemu dengan pemilik restoran. Semasa singgah di restoran tersebut untuk mengisi perut, dia telah membantu pemilik restoran menghadapi penyamun yang datang. Walaupun berjaya membantu mengusir penyamun-penyamun tersebut, restoran tersebut mengalami kerugian kerana kerosakan barang-barang akibat dari petarungan Lei Wujie dengan penyamun . Pemilik restoran yang  bernama  Xiao Se meminta gantirugi kerosakan yang dialaminya. Lei Wujie tidak dapat membayarnya , tetapi berjanji akan membayar apabila dia sampai ke kota Xue Yue . Xiao Se berse...

The Blue Whisper

Image
  The Blue Whisper ( 42 episod ) Ha...drama ini antara yang popular tau. Lakonan pelakon hebat Allen Ru ( Ren Jia Lun ) dan Dilraba Dilmurat. Penulis banyak juga tau dah tengok lakonan Allen Ru . Apa-apa watak tak kira drama moden atau fantasi semuanya kena.Nanti akan ada lebih banyak drama-drama pelakon ini yang akan dikongsikan dalam blog penulis. Drama ini , pelakon utama adalah seekor Raja Duyung - Chang Yi yang secara tidak sengaja jatuh cinta dengan seorang gadis  Ji Yun He yang mempunyai tanggungjawab kepada kumpulannya untuk menangkap syaitan dan iblis. Sinopsis Ji Yun He seorang guru rohani yang sangat berbakat tinggal di Lembah Bunga. Dia sangat benci dikawal dan ingin lari dari kehidupan disitu. Suatu hari Chang Yi ( Duyung Jantan )muncul di Lembah Bunga. Ji Yun He diperintah oleh Puteri Shunde untuk membuatkan Chang Yi bercakap dalam bahasa manusia, memberikannya mutiara duyung dan setia kepada Puteri tersebut. Yun He memujuk Chang Yi dengan cara yang sangat halus ...

Hello Mr Gu

Image
  Hello Mr Gu ( 30 episod ) Macam mana penulis boleh terasa hendak tonton drama ini ye?Biasanya penulis jarang hendak menonton drama moden dan nampak terlalu remaja ni.Maklumlah penulis bukan remaja lagi. Jawapannya ialah "preview" drama ni kerap kali lalu di depan mata. Buka Facebook je nampak, sorotan dari episod ke episod. Maka penulis pun tertarik untuk menonton. Kisahnya ringkas,manis dan comel untuk dilihat dan ditatap. Mengenai seorang pemuda tampan bernama Mr Gu jatuh cinta dengan seorang gadis muda  Zhou Jian Qing.  yang bercita-cita menjadi penulis komik animasi yang berjaya.Manakala Mr Gu merupakan seorang usahawan yang terlibat industri tersebut. Dia  adalah CEO  dalam sebuah syarikat industri cartoon animasi dan merupakan pewaris Group Gu. Mr Gu mempunyai karakter yang tegas, kelihatan sombong ,teratur dan sukar untuk diurus .Namun dia trauma berhadapan dengan orang ramai. Kehadiran gadis muda dalam hidupnya telah mengubah cara dia berfikir dan bert...

Miss The Dragon

Image
  Miss The Dragon ( 36 episod ) Drama ini , penulis baru sahaja tonton. Kisah Fantasi wujudnya perasaan cinta Raja Naga kepada seorang gadis ( Yang Zhi Ying)  di alam manusia. Raja Naga yang dilakonkan oleh Dylan Wang.  Raja Naga? Ye..Alam langit ada naga, dan wujudnya Naga yang sangat kuat dan berkuasa yang digelar Raja Naga, yang boleh berubah rupa kepada seorang lelaki yang tampan. Gadis ini perlu  melalui 4 fasa kehidupan dan cabaran untuk merealisasikan impian untuk hidup bersama. Raja Naga menanti ribuan tahun untuk melalui dan melihat fasa-fasa kehidupan gadis dengan sabar dan setia.Raja Naga juga membantunya melalui kesusahan dan kepayahan. Sinopsis Liu Ying seorang gadis yang sebenarnya seorang yang sangat istimewa. Dia terjumpa dengan seekor ular secara tidak sengaja. Dia merawat ular tersebut kerana cedera. Tanpa disangka sebenarnya ular tersebut adalah sebenarnya Raja Naga yang cedera kerana panahan petir di langit. Raja Naga berasa sangat terhutang budi ...