Under The Power
Under the Power ( 56 episod ) Penulis meminati drama-drama yang dilakonkan oleh Ren Jialun. Kali ini, penulis akan ulas mengenai drama Under the Power. Seperti biasa Allen Ru membawa watak ini dengan cukup berkesan dengan gandingan heroiannya Tan Songyun. Cerita ini berkisar pada zaman Dinasti Ming. Lu Yi dan polis wanita Yuan jinxia bersama menyelidiki sebuah konspirasi dalam istana melibatkan dana yang hilang untuk pembaikan sungai di Yangzhou . Selama mereka bekerja bersama mereka terjatuh cinta. Sinposis Semasa tahun-tahun terakhir pemerintahan maharaja Jiajing dalam Dinasti Ming, Lu Yi dari Jingywei telah ditugaskan menyelidiki kehilangan dana untuk membaiki sungai di yangzhou. Dia dibantu oleh seorang polis wanita yang berbakat tetapi mereka terlibat dalam sebuah konspirasi yang dirancang oleh orang yang berpengaruh dalam pentadbiran istana. Polis wanita yang membantu Lu Yi diperangkap sehingga Lu Yi hampir tidak dapat berbuat apa-apa. Namun sedaya upayanya Lu Y...